Dunia

Penduduk di sebuah bandar di Jepun dihadkan guna telefon bimbit dua sehari

Sebuah bandar di wilayah Aichi, Jepun mencetuskan perdebatan apabila mencadangkan had penggunaan telefon pintar hanya dua jam sehari bagi lebih 69,000 penduduknya.

Cadangan yang dibentangkan Majlis Perbandaran Toyoake itu dijangka diputuskan Oktober ini dan dianggap yang pertama di negara tersebut.

Bagaimanapun, peraturan itu tidak akan dikuatkuasakan secara ketat, sebaliknya sebagai garis panduan untuk menggalakkan penduduk mengurus masa skrin dengan lebih baik.

Had tersebut hanya terpakai di luar waktu kerja dan pembelajaran, manakala penggunaan untuk aktiviti bukan hiburan seperti pembelajaran dalam talian atau latihan e-sukan tidak dikira.

Usul itu juga mencadangkan kanak-kanak sekolah rendah berhenti menggunakan peranti sebelum jam 9 malam, manakala pelajar lebih berusia dan orang dewasa sebelum 10 malam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker