Kuala Lumpur, Julai 6 – Baru-baru ini, satu video sering tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai ‘air berkah’ di Indonesia.
Menerusi klip berkenaan, memaparkan seorang wanita mencium rendaman kaki seorang wanita yang didakwa sebagai Hajah, sementara seorang lagi mencium rendaman kaki seorang lelaki
Menerusi sumber Liputan 6, difahamkan air rendaman kaki itu milik jemaah Indonesia yang baru pulang menunaikan haji.
Kejadian itu berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak dimana lokasinya tidak didedahkan.
Walau bagaimanapun, perkongsian klip itu mengundang pelbagai hantaran negatif yang mendakwa perbuatan itu bersifat ajaran sesat dan tidak pernah diajari dalam Islam.
Ada juga komen berkata, jabatan Islam di Indonesia harus bertindak dengan ajaran sesat sebegini, supaya generasi muda tidak terikut dengan perkara yang tidak wujud itu.