Malaysia

Penemuan mayat budak 6 tahun, bapa direman tujuh hari selepas dakwa anak hilang

Seorang lelaki direman tujuh hari selepas penemuan mayat anak lelakinya berusia enam tahun di Rompin, Negeri Sembilan, dipercayai berkaitan laporan kehilangan palsu yang dibuatnya di Bukit Indah, Johor, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan memaklumkan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu, yang merupakan bapa kandung mangsa, pada awalnya mendakwa anaknya hilang ketika ditinggalkan dalam kereta.

Namun, siasatan polis membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak tersebut di lokasi berasingan, dipercayai telah ditanam.

Suspek ditahan pada hari yang sama laporan dibuat dan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Kes kini dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak disyaki dibunuh, sebelum ditanam di lokasi berkenaan kira-kira 4.30 petang, semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker