Malaysia
Penganggur dengan 46 rekod jenayah ditahan, disyaki curi komponen lori di Simpang Ampat

Kuala Lumpur, Sept 20 – Seorang penganggur dengan 46 rekod jenayah lampau, ditahan kerana terlibat dalam kes kecurian komponen lori di Simpang Ampat.
Ketua Polis Daerah SPS, Supt Chong Boo Khim berkata, suspek ditahan dalam operasi khas pada Rabu lalu, selepas menerima laporan kecurian komponen lori di situ.
“Suspek mengaku terlibat bersama dua rakan yang masih bebas, dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas beliau berkata, polis turut merampas sebuah van yang dilaporkan dicuri di Bukit Tengah dan kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.