Malaysia

Penganggur keadaan mental tidak stabil ditahan, cubaan membunuh pelajar sekolah di Pantai Remis

Kuala Lumpur,Oct 24 – Polis menahan seorang penganggur, atas cubaan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Pantai Remis, dengan melanggar mangsa menggunakan kereta.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kejadian jam 5.30 petang itu, suspek lelaki berusia 47 tahun didapati memandu kereta secara melulu hingga melanggar pintu pagar gelanggang bola keranjang di Taman Bintang, Pantai Remis, sehingga roboh.

“Suspek kemudiannya memandu menghala ke sebuah sekolah menengah dan masuk ke dalam kawasan sekolah menuju ke arah dewan sekolah.

“Di situ, suspek melanggar seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di dewan sekolah yang sedang berlatih bola tampar bersama pelajar lain.

“Suspek terus beredar dari kawasan sekolah, manakala mangsa yang cedera di kaki kiri, masih dirawat di Hospital Seri Manjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis kemudian berjaya menahan suspek pada hari sama dan turut merampas kerata yang dipandu itu.

Mengulas, Hasbullah berkata, suspek dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut memandangkan keadaan mentalnya tidak stabil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker