Pengaruh Rafizi melemah, Saifuddin dan Izzah calon pengganti Timbalan Presiden PKR?

Pengaruh Rafizi Ramli dalam PKR dilihat semakin merosot susulan kekalahan beberapa pemimpin utama kemnya pada pemilihan bahagian baru-baru ini, sekali gus membuka laluan kepada cabaran baharu bagi jawatan Timbalan Presiden yang kini disandangnya.
Penganalisis politik menjangkakan dua nama besar iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Nurul Izzah Anwar bakal mencabar Rafizi dalam pemilihan parti pada 23 Mei ini.
Kedua-duanya dilihat semakin mendapat sokongan akar umbi di peringkat negeri, termasuk Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan agar Rafizi diberi ‘laluan mudah’, namun perubahan sokongan di peringkat akar umbi kini memberi isyarat sebaliknya.
Beberapa tokoh rapat dengan Rafizi turut kecundang, termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad di Setiawangsa dan Akmal Nasir di Johor Bahru, menandakan cabaran getir buat Rafizi mempertahankan jawatan.
Menurut penganalisis, persaingan ini wajar dilihat sebagai proses demokrasi matang dalam parti yang sudah berusia 26 tahun.