Pengawal keselamatan cedera parah ditetak parang beramai-ramai di Nilai

Seorang pengawal keselamatan tempatan cedera parah selepas diserang dengan parang dan dipukul menggunakan kayu oleh sekumpulan individu tidak dikenali di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, awal pagi Ahad.
Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan spontan antara individu yang berada dalam keadaan mabuk, bukan melibatkan unsur gengsterisme atau dendam peribadi.
Mangsa yang berusia sekitar 30-an mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Polis sedang mengenal pasti suspek terlibat serta lokasi sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 148, 326 dan 427 Kanun Keseksaan.