Teknologi

Pengguna ChatGPT kini cecah 800 Juta, penangan animasi ‘Ghibli’

Jumlah pengguna ChatGPT melonjak dua kali ganda dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, menganggarkan platform itu kini digunakan sehingga 800 juta orang di seluruh dunia.

Altman mendedahkan perkara itu sewaktu acara TED 2025 dengan menyifatkan pertumbuhan tersebut sebagai sangat pantas, merangkumi kira-kira 10 peratus daripada populasi global.

Kebangkitan semula ChatGPT dipacu oleh ciri baharu yang tular, termasuk ‘Ghibli mode’ yang diperkenalkan pada Mac lalu iaitu penjana imej dan video yang diinspirasikan daripada gaya animasi Studio Ghibli.

Menurut Altman, hanya dalam masa satu jam selepas dilancarkan, mod tersebut berjaya menarik sejuta pengguna.

Altman bagaimanapun menjelaskan bahawa OpenAI tetap menerapkan langkah keselamatan bagi mengelakkan penyalahgunaan atau peniruan karya berhak cipta.

Mengulas kebimbangan umum mengenai AI menggantikan pekerjaan manusia, Altman menyeru agar teknologi kecerdasan buatan dilihat sebagai alat untuk memperkasakan kebolehan manusia, bukan sebagai ancaman kepada sumber rezeki.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker