Malaysia

Pengguna TikTok diperintah bayar RM100,000 kepada Rosmah atas dakwaan guna bomoh

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan seorang pengguna TikTok, Ku Hilmie Ku Din, membayar RM100,000 kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana memfitnahnya dengan dakwaan terlibat dalam amalan sihir dan bomoh.

Hakim Ahmad Shahrir Salleh membuat keputusan itu selepas defendan gagal hadir ke mahkamah atau memfailkan pembelaan mengikut tempoh ditetapkan. Jumlah ganti rugi tersebut merangkumi ganti rugi am dan teruk, namun tuntutan ganti rugi teladan ditolak kerana tiada bukti kukuh.

Rosmah memfailkan saman pada September 2023, mendakwa video TikTok yang dimuat naik defendan mengandungi kenyataan palsu dan memfitnah, termasuk tuduhan menyembah syaitan dan melakukan amalan syirik.

Beliau berkata kenyataan itu menjejaskan reputasinya sebagai isteri bekas Perdana Menteri dan tokoh awam, serta menyebabkan beliau dikecam dan dihina oleh masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker