Malaysia
Penghuni 115 rumah di Putra Heights dibenar pulang hari ini

Penghuni 115 rumah yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights mula dibenarkan pulang secara berfasa bermula hari ini.
Menurut Pegawai Daerah Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed, pemeriksaan akhir dijalankan dalam tiga fasa, dengan 41 keluarga terawal kembali ke kediaman mereka.
Bekalan elektrik hanya akan disambung selepas kediaman disahkan selamat. L
Pemeriksaan bermula di lorong 1/3A dan 1/3B, manakala pendawaian dalam rumah perlu diperiksa pemilik sendiri sebelum kembali menetap.
Ketika ini, mangsa masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara PPS iaitu Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna MBSJ.