Malaysia
Peniaga Gerai Makanan Ditahan, Hina Agong di Media Sosial

Seorang peniaga makanan, berusia 55 tahun ditahan kerana didakwa membuat hantaran menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X pada 29 Disember lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, memaklumkan telefon bimbit suspek dirampas, dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.
“Polis Johor memberi amaran keras terhadap penyebaran sentimen 3R (raja, agama, dan kaum) yang boleh menggugat keharmonian masyarakat,” katanya. Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.