Malaysia

Peniaga kecil dibenar guna gas LPG tanpa permit sementara waktu

Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan dan minuman kini dibenarkan menggunakan tong gas LPG bersubsidi tanpa perlu mendapatkan permit, sementara pindaan undang-undang berkaitan sedang dilaksanakan.

Keputusan ini dibuat selepas Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan cadangan untuk menyemak semula Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) yang dikuatkuasakan sejak Oktober 2021, yang sebelum ini menghadkan penggunaan LPG melebihi 42kg kepada peniaga berpermit.

Sepanjang tempoh semakan ini, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga kecil yang menggunakan LPG bagi operasi harian mereka.

Pindaan ini akan diselaras oleh Jawatankuasa Teknikal KPDN bersama agensi berkaitan dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Sementara itu, operasi penguatkuasaan Ops GASAK akan diteruskan sehingga 31 Oktober 2025, namun tiada gangguan kepada operasi perniagaan, hanya pemeriksaan dan dokumentasi akan dibuat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker