Malaysia

Penjawat awam dilarang berTikTok, jaga etika sewaktu bekerja – CUEPACS

Penjawat awam tidak boleh melayari media sosial seperti TikTok dan Facebook ketika bertugas, tegas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Meskipun penjawat awam antara yang sering dilihat membuat kandungan di media sosial, Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat menegaskan, mereka perlu memberi tumpuan penuh terhadap tugas semasa waktu kerja.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam surat edaran rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh Jun 2013.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai adakah penjawat awam boleh aktif bermain media sosial sewaktu bertugas.

CUEPACS menggesa semua penjawat awam agar sentiasa mematuhi etika dan tatakelakuan yang digariskan dalam perkhidmatan, termasuk ketika menggunakan media sosial, demi menjaga maruah dan reputasi perkhidmatan awam di mata rakyat.

Beliau juga menyeru semua penjawat awam agar terus mengekalkan tahap profesionalisme tinggi dan menggunakan media sosial sebagai alat positif untuk menyampaikan maklumat yang membina serta bukannya mencemarkan nama baik jabatan atau kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker