Malaysia
Penjawat awam diseru kibar Jalur Gemilang di rumah, pejabat – KSN

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyeru semua penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan tempat kerja sempena Bulan Kebangsaan.
Beliau menekankan pentingnya menyemarakkan semangat patriotik sepanjang masa, bukan hanya ketika sambutan kemerdekaan.
Seruan ini selari dengan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi menyatukan rakyat dan menyemai rasa cinta kepada negara.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong kempen itu sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.