Uncategorized

Penjawat awam Pulau Pinang dapat minimum RM1,000 bantuan Aidilfitri

Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac.

Selain itu, BKK berjumlah RM300 juga bakal diberikan kepada penyelia, guru serta petugas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam dan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

BKK itu melibatkan 7,066 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.81 juta sebagai tanda penghargaan atas sumbangan penjawat awam dalam merealisasikan Visi Penang2030.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker