Malaysia

Penjawat awam terima duit raya RM500, pesara RM250 minggu depan

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar mulai minggu depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Anwar berkata, penyaluran BKK Aidilfitri kepada semua penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan mencecah RM1 bilion.

Justeru, beliau mahu penjawat awam faham kenapa kerajaan sentiasa bertegas dan keras mengenai isu tatakelola bagi mengelak ketirisan dan rasuah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker