Malaysia
Penjenayah terus curi kabel, walaupun dirakam, ditegur penduduk setempat di Temerloh

Kuala Lumpur, Nov 4 – Tindakan sekumpulan lelaki mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi berjaya dirakam penduduk setempat Taman Keramat, Mentakab,Temerloh kira-kira jam 2.45 pagi semalam.
Menerusi video tular di media sosial, seorang penduduk merakam kejadian itu yang berlaku di depan rumahnya serta memarahi penjenayah berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu tidak diendahkan oleh kumpulan terbabit sebaliknya mereka terus mencuri kabel.
Susulan itu, saksi membuat laporan polis dan jurucakap polis pula berkata, hasil siasatan mendapati dua kenderaan dinaiki penjenayah semasa insiden itu menggunakan nombor plat palsu serta kes akan disiasat lanjut.