Malaysia

Penjual bunga di kuil disamun lelaki bersenjatakan parang, rugi RM4,000

Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyamun seorang penjual bunga di sebuah kuil di Jenjarom, Kuala Langat, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 4.50 petang daripada seorang wanita.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama anak perempuannya tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki disyaki warga tempatan yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga kira-kira jam 1.30 petang.

Suspek yang menutup muka dan bersenjatakan parang bertindak mengacukan senjata itu kepada mangsa sebelum menarik rantai emas di leher mangsa lalu melarikan diri.

Beliau berkata, mangsa kerugian kira-kira RM4,000, namun tiada sebarang kecederaan dialami oleh mangsa dan anaknya.

Kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek giat dilakukan untuk tindakan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker