Penjual Cakoi jalanan 35 tahun; popular dengan rasa keaslian, ramai beratur untuk membeli,Jalan Klang Lama
Kuala Lumpur, Mei 5 – Kuih Cakoi atau lebih dikenali sebagai ‘Youtiao’ salah satu juadah tradisi masyarakat Cina dari China.
Kini, Cakoi terkenal dalam kalangan majmuk di Malaysia, dimana semua orang gemar makan Cakoi pada waktu petang bersama teh tarik panas.
Baru-baru ini, Telus menemu sebuah kedai jalanan yang menghasilkan dan menjual kuih Cakoi di sekitar, Jalan Klang Lama, untuk 35 tahun.
Kedai ini diusahakan oleh sepasang suami isteri sejak tahun 1989, dan terkenal dengan rasa keaslian Cakoi yang dihasilkan mereka, kini anak yang berusia 37 tahun sedang mengusahakan kedai tersebut.
Ketika bertemu dengan anaknya, dia berkata setiap hari ramai orang akan beratur untuk membeli kuih tersebut, terdiri daripada semua kaum.
Terdahulu sebiji Cakoi dijual untuk RM0.30, dan kini ia dijual untuk RM1.50 dan kini di kedainya terdapat sembilan jenis Cakoi yang berbeza untuk dijamu oleh orang ramai,.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklum bahawa kedainya akan sentiasa dibuka dari jam 3petang sehingga 7 malam, kecuali hari Jummat dan bagi orang ramai yang ingin merasakan juadah tersebut boleh mendapatkannya di kedai tersebut yang berdekatan dengan ‘The Scott Garden’ di Jalan Klang Lama.