Malaysia

Pensijilan Halal di Malaysia Sukarela, JAKIM Tegaskan Tiada Paksaan

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, menjelaskan bahawa permohonan pensijilan halal di Malaysia adalah secara sukarela dan tiada undang-undang yang mewajibkan pihak tertentu memohon.

Beliau berkata, Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia mematuhi semua standard, keperluan, dan undang-undang yang ditetapkan.

“Pensijilan ini menambah nilai kepada pemegang sijil dengan menunjukkan komitmen tinggi terhadap piawaian halal,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewajibkan sijil SPHM untuk pembaharuan lesen perniagaan, beliau menyifatkannya sebagai inisiatif PBT bagi meningkatkan bilangan pemegang SPHM di bawah pentadbirannya.

Namun, beliau menasihatkan PBT untuk memberikan penjelasan terperinci bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker