
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memfailkan notis kebankrapan terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff selepas gagal membayar ganti rugi fitnah lebih RM400,000.
Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu memerintahkan Kamarul membayar RM400,000 ganti rugi serta RM80,000 kos kepada Hannah berhubung kenyataan fitnah lapan tahun lalu.
Peguam Hannah, berkata notis muflis difailkan pada 9 Julai, namun gagal diserahkan, menyebabkan mahkamah membenarkan ia dilakukan melalui perkhidmatan alternatif termasuk iklan akhbar.