Malaysia
Penunggang BMW maut digilis treler selepas langgar 4WD di lorong kecemasan

PETALING JAYA:
Seorang penunggang motosikal BMW berusia 51 tahun maut selepas digilis treler dalam kemalangan di KM254.6 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Seremban, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Seremban ACP Hatta Che Din, mangsa bergesel dengan sebuah 4WD yang membrek secara mengejut di lorong kecemasan sebelum terjatuh ke lorong kiri dan digilis treler.
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. Seorang lagi penunggang motosikal turut melanggar 4WD terbabit tetapi tidak cedera.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.