Malaysia

Penunggang Motosikal Hampir Hanyut, Diselamatkan Orang Ramai

Seorang penunggang motosikal terselamat daripada dihanyutkan arus deras di Kampung Manggol, Malau, selepas diselamatkan orang ramai.

Kejadian sekitar jam 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa cuba meredah arus deras walaupun telah dilarang.

Menurut saksi, Mohammad Faidhi Adam Rohaizat, motosikal mangsa terbalik sebelum dia hampir dihanyutkan. Namun, tindakan pantas beberapa lelaki yang menarik tangannya berjaya menyelamatkannya.

Insiden tersebut tular di media sosial dan mendapat pujian atas tindakan berani penyelamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker