Malaysia

Penuntut universiti di Cyberjaya ditemui maut dalam bilik asrama

Seorang pelajar wanita berusia 20 tahun ditemui maut dengan kesan kecederaan di bilik asramanya di sebuah universiti swasta di Cyberjaya.

Mangsa berasal dari Kuching, Sarawak dan merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.

Ketika kejadian, mangsa tinggal bersendirian kerana rakan sebiliknya telah pulang bercuti sejak 21 Jun, manakala dia masih di kampus bagi menghadapi peperiksaan.

Beberapa barangan berharga termasuk komputer riba mangsa didapati hilang. Mayat mangsa ditemui oleh rakannya sekitar jam 10 pagi sebelum pihak polis dihubungi.

Kes disiasat sebagai kes bunuh dan mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker