Malaysia

Penutupan jalan berperingkat sempena sambutan Masi Magam hari ini

Bersempena dengan Perayaan Tahunan Masi Magam yang berlangsung hari ini, pihak polis akan menutup dan membuka beberapa jalan utama di ibu kota secara berperingkat bagi memastikan kelancaran perarakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, memaklumkan bahawa perarakan melibatkan dua kereta pedati yang bergerak dari Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, ke Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S. Lee, bermula jam 5 petang.

Beberapa laluan utama yang akan terlibat dalam perarakan termasuk Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Sentul, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, dan Jalan Sultan, sebelum berakhir di Kuil Sri Maha Mariamman.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis bagi memastikan kelancaran serta keselamatan perarakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker