Penyanyi Sambilan Maut Dibunuh, Cemburu Disyaki Motif

MELAKA: Polis mengesyaki cemburu sebagai punca seorang penyanyi sambilan dibunuh di sebuah rumah di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata polis menerima aduan pada 12.31 tengah hari, selepas seorang wanita ditemui terbaring berlumuran darah di dalam bilik rumah berkenaan.
Siasatan awal mendapati mangsa bertengkar dengan seorang lelaki pagi Jumaat lalu. Rakan serumah, yang mendengar pertengkaran, menemui mangsa terbaring berlumuran darah di atas katil, bersama seorang lelaki yang juga cedera dan terbaring.
Suspek, lelaki berusia 54 tahun, dipercayai cuba membunuh diri selepas kejadian dan kini direman tujuh hari untuk siasatan. Polis turut merampas dua pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ASP V Somsundram
( 06-2842222)