Dunia
Penyelam Malaysia maut, ketika bersihkan kapal di Singapura
Kuala Lumpur,Jun 20 – Seorang pekerja warga tempatan berusia 22 tahun maut di tempat kerja semasa melakukan kerja pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, di sepanjang Marina South Pier, Singapura,pada selasa lalu.
Menurut Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura, kemalangan yang berlaku sekitar jam 2.10 petang, mangsa telah tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.
Katanya, pekerja itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan disah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Kini pihak MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.