Malaysia

Penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja akibat gaji tertunggak

SHAH ALAM: Seorang penyelia kedai runcit maut ditetak pekerjanya di Seksyen 7, dipercayai kerana lewat membayar gaji tiga bulan berjumlah lebih RM2,000.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata suspek menetak mangsa menggunakan pisau pemotong daging selepas pertengkaran.

Polis menahan lima individu, termasuk suspek utama, untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa, 45, ditemukan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala, badan, dan tangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker