Penyewa PPR: 8 bulan tak bayar sewa? DBKL muncul depan rumah!

Kuala Lumpur, Jun 14 – Baru-baru ini, satu video tular memaparkan seorang wanita yang merupakan penyewa PPR (Projek Perumahan Rakyat) berang apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang ke kediaman untuk mengutip bayaran sewa rumahnya.
Menerusi video itu, difahamkan wanita itu gagal melalukan bayaran sewa rumahnya sebanyak RM124 untuk lapan bulan, dan pegawai DBKL hadir ke rumahnya untuk kutip duit sewa kenaan.
Malah, wanita itu mempersoalkan pihak DBKL tidak mahu membantu bangsa sendiri yang sedang mengalami kesusahan dan terus meninggikan suaranya.
Sebagai tindak balas, pegawai DBKL, bertindak secara profesional dan tenang walaupun wanita itu bertindak agak agresif
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan marah dan kecewa terhadap wanita berkenaan yang gagal bayar sewa walau harganya baru lebih RM100.
Ada juga komen berkata, DBKL menjalankan tugas mereka, tak bayar sampai lapan bulan mestilah DBKL hadir dan mereka sepatutnya bertindak lebih tegas.