Dunia

Perang India-Pakistan: Dua pandangan berbeza dari dua Muslim, video tular

Kuala Lumpur, 11 Mei – Dua tokoh Muslim menyuarakan pandangan bertentangan mengenai konflik India–Pakistan, dan video mereka kini tular.

Mufti Perlis, Dr Maza, berkata negara-negara Islam patut menyokong Pakistan kerana ia “negara saudara seagama”, dan menuduh India melakukan kekejaman terhadap umat Islam, termasuk isu masjid, wanita, dan Kashmir.

Namun, Ketua Imam India, Umer Ahmed Ilyasi, menyokong negaranya, menggesa rakyat bersatu di belakang kerajaan Modi menentang keganasan yang disokong Pakistan. Beliau juga umumkan semua masjid di India akan mengutuk keganasan dalam khutbah Jumaat.

Dua pandangan, dua latar belakang – seorang dari jauh menyokong atas dasar agama, seorang lagi dari dalam menyeru menentang keganasan. Video mereka cetus perbincangan hangat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker