Malaysia

Perbezaan dalam parti jadi kekuatan PKR – Ramanan

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini bukan sekadar proses memilih kepimpinan baharu, tetapi bukti kematangan demokrasi dalam parti yang menjunjung prinsip keadilan dan reformasi sejak penubuhannya.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan yang turut menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, menekankan bahawa kepelbagaian pandangan dan latar belakang dalam PKR adalah kekuatan utama parti, bukannya penghalang perpaduan.

Ujarnya, PKR dibina atas semangat keterangkuman yang menyatukan rakyat pelbagai kaum, agama dan ideologi dan perbezaan pandangan bukan sesuatu yang harus ditakuti.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu turut menyeru agar semua calon dan ahli menjadikan pemilihan ini sebagai platform memperkukuh parti, bukan memecahbelahkan.

Katanya, tiada dua kem dalam PKR, hanya satu pasukan yang berpadu dalam semangat reformasi dan beliau yakin bahawa pemilihan kali ini bakal menentukan barisan kepimpinan yang mampu membawa PKR ke hadapan, memperkukuh asas parti serta memastikan perjuangan reformasi terus relevan dan berkesan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker