Malaysia

Perbuatan keji; Nenek berumur 71 tahun dirogol dan disamun warga asing

Kuala Lumpur, Sept 14 – Seorang wanita berusia 71 tahun dirogol dan disamun apartmennya di Cyberjaya.

Perbuatan jenayah yang keji itu berlaku tengah malam tadi dilakukan oleh suspek warga asing yang tidak dikenali mangsa, di kawasan tangga perumahan.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggu lif untuk naik ke tingkat rumahnya setelah pulang dari kedai berseorangan
Ujarnya pada waktu kejadian, mangsa kerana baru sahaja.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan kejadian itu dan telah menahan seorang pekerja kedai makan lingkungan usia 25 tahun.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta khabar tidak benar berhubung kejadian tersebut

Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker