Dunia

Perdana Menteri Jepun rancang letak jawatan

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dilaporkan merancang untuk meletakkan jawatan menjelang akhir Ogos selepas menerima tekanan hebat dari dalam partinya, Parti Liberal Demokrat (LDP).

Ia susulan kekalahan besar gabungan pemerintah dalam pilihan raya Dewan Atasan pada 20 Julai lalu.

Ishiba sebelum ini menegaskan hasrat untuk kekal memimpin bagi memastikan kestabilan politik, terutamanya ketika Jepun sedang menghadapi rundingan perdagangan penting dengan Amerika Syarikat.

Namun, beliau dijangka menjelaskan keputusan dan tanggungjawabnya selepas rundingan tersebut selesai.

Situasi semakin hangat selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan kejayaan rundingan pelaburan besar dengan Jepun yang mencecah AS$550 bilion (RM2.3 trilion).

Ishiba pula masih menunggu laporan penuh daripada perunding Jepun sebelum memberi sebarang komen lanjut berhubung kesan perjanjian itu terhadap keputusannya untuk berundur.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker