Malaysia

Perhilitan Terengganu Selamatkan Tapir Terjatuh ke Dalam Tali Air

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menyelamatkan seekor tapir jantan seberat 220 kilogram yang terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jelapang, pagi semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong, berkata pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian sekitar jam 8.10 pagi selepas menerima laporan daripada orang awam.

“Tapir tersebut berjaya ditangkap menggunakan tembakan pelali sebelum dimasukkan ke dalam perangkap. Ia dilepaskan semula ke habitat asal pada hari yang sama untuk memastikan kelangsungan hidupnya,” katanya.

Penduduk tempatan, Wan Zahhar Wan Zakaria, 26, berkata ini adalah kali pertama dia melihat tapir di kawasan tersebut.

“Ketika saya dalam perjalanan ke rumah mertua, saya ternampak seekor tapir terperangkap di dalam tali air. Saya cuba menghalaunya tetapi gagal, lalu meminta rakan menghubungi pihak Perhilitan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker