Malaysia

Perkhidmatan Shahul di HRD Corp berakhir, syukur dengan rekod pencapaian

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood menamatkan perkhidmatannya pada Isnin selepas lima tahun memimpin organisasi berkenaan.

Shahul dalam kenyataannya meluahkan rasa syukur dan bangga sementara menyifatkan ia bukan sekadar satu fasa kerjaya tetapi satu transformasi besar bagi organisasi dan dirinya secara peribadi.

Beliau turut kongsikan pencapaian utama yang berjaya direalisasikan sepanjang tempoh perkhidmatannya yang mana antaranya aset di bawah pengurusan melebihi RM4 bilion pada tahun 2024 iaitu peningkatan 101 peratus sejak tahun 2020.

Selain itu, kutipan levi mencecah RM2.32 bilion manakala kelulusan geran berjumlah RM2.28 bilion dengan kadar penggunaan yang luar biasa tinggi iaitu 98 peratus, penganjuran ASEAN Year of Skills oleh HRD Corp.

Diikuti juga dengan transformasi digital menyeluruh yang mempercepatkan proses, tambah baik penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pengguna secara drastik.

Shahul turut menyatakan walaupun beliau kini melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya, beliau tetap membawa semangat dan iltizam yang sama untuk terus menyumbang dalam memajukan pembangunan insan negara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker