Malaysia

Perlu labur RM300 juta setahun, kerajaan tidak merancang anjur F1

Tiada perancangan untuk Malaysia menganjurkan kejohanan Formula 1 (F1) disebabkan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti tinggi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penganjuran F1 akan memerlukan kerajaan untuk melabur sekitar RM300 juta setahun untuk membayar yuran hak penganjuran kepada pemegang hak komersil.

Malaysia juga katanya perlu mengikat kontrak penganjuran sepanjang tiga sehingga lima tahun dengan Liberty Media, sebagai syarikat pemilik F1 dan ia akan melibatkan komitmen yuran tahun kira-kira RM1.5 bilion.

Hannah juga berkata, kos penyediaan litar dan penganjuran acara yang tinggi hingga mencecah RM10 juta setahun menyebabkan Malaysia tidak berhasrat menganjurkan sukan berprestij ini.

Selain itu, beliau mendedahkan jumlah penonton semakin merosot menyebabkan Malaysia berhenti menganjurkan kejohanan tersebut pada 1 September 2017.

Untuk itu beliau berkata, kos yuran hak penganjuran yang menelan ratusan juta setahun boleh digunakan untuk menampung pelbagai program penting di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker