Permintaan ‘matcha’ melonjak, Jepun berdepan cabaran penuhi permintaan dunia kerana bekalan semakin terhad

Permintaan dunia terhadap matcha melonjak mendadak, terutamanya di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, hingga menyebabkan syarikat teh di Kyoto terpaksa mengehadkan jualan sejak tahun lalu.
Menurut laporan The Japan Times, pasaran global matcha dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada AS$2.8 bilion pada 2023 kepada AS$5 bilion menjelang 2028.
Ini berlaku ketika rakyat Jepun sendiri semakin kurang minum teh hijau dan negara lain negara lain seperti Afrika dan Timur Tengah menjadi hantu kepada minuman berasaskan matcha.
Kerajaan Jepun kini galak memberi subsidi untuk galakkan pekebun tanam tencha, daun khas untuk matcha, bagi memenuhi permintaan.
Namun pengeluaran bukan mudah kerana daun matcha mengambil masa hingga lima tahun untuk matang, kemudian perlu digiling perlahan demi kualiti yang bagus.
Selain itu, industri teh Jepun kekurangan pekerja ladang, yang merosot 77% sejak 20 tahun lalu dan jika masalah ini tidak diatasi, trend minuman matcha mungkin akan berlalu pergi.