Malaysia
Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka 1 Disember

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan permohonan fasa satu untuk Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025 bagi pelajar SPM 2024.
Permohonan fasa dua dan kemas kini maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
“Permohonan adalah percuma dan boleh dilakukan melalui laman web rasmi KPM,” menurut kenyataan KPM.
Keputusan permohonan akan diumumkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan. Pelajar yang berjaya perlu memuat turun dan mencetak surat tawaran serta dokumen pendaftaran dari laman sesawang rasmi.