Malaysia

Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 kesan pelaku lapah kucing yang viral

Kuala Lumpur, Jun 25 – Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 kepada sesiapa yang tampil menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki yang bertindak melapah seekor kucing di Pasar Meru, Klang, Selangor baru-baru ini.

Menerusi hantaran menerusi laman Facebook persatuan itu, pihaknya memaklumkan pelaku disyaki merupakan seorang pekerja kedai makanan ringan di depan pasar berkenaan dan dipercayai tinggal di Batu Belah, Klang.

Kenyataan itu juga berkata, menerusi video tular itu pihaknya percayai lelaki itu warga Myanmar dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan pelat warga asing

Persatuan itu juga memaklumkan satu siasatan menyeluruh berkaitan kejadian itu perlu dibuat bagi mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk membunuh kucing berkenaan serta niat lelaki itu sama ada bertujuan untuk dijadikan makanan atau suka-suka.

Mengulas lanjut, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, untuk menyalurkan maklumat lengkap kepada Persatuan Haiwan Malaysia (melalui WhatsApp) iaitu ke nombor 014-6345464 supaya satu laporan rasmi dapat diajukan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker