Malaysia
Pertuduhan bunuh terhadap suspek utama kes pelajar Cyberjaya ditangguh sementara

Pertuduhan bunuh terhadap suspek utama kes pelajar Cyberjaya ditangguh sementara
SHAH ALAM – Pertuduhan bunuh terhadap suspek utama dalam kes kematian pelajar universiti berusia 20 tahun di Cyberjaya yang dijadualkan esok, ditangguhkan sementara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.
“Ia ditangguhkan sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa perkembangan terkini akan diumumkan dalam masa terdekat.