Peruntukan RM72,350 untuk pelajar cemerlang SPM 2023, noktahkan kemiskinan – Ramanan
Shah Alam, Julai 13 – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah meraikan 159 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan peruntukan lebih RM72,000.00 bagi menghargai prestasi cemerlang pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan SPM tahun 2023 pada 27 Mei lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan. berkata objektif inisiatif ini adalah bagi membantu meningkatkan akademik serta memotivasikan mereka untuk lebih berjaya pada masa akan datang serta menoktahkan kemiskinan dalam kalangan pelajar.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Hj Zamri Salleh, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurusan YBR.
Sementara itu, Ramanan turut berkata, pihaknya memberi peruntukan sebanyak RM400,kepada pelajar SPM 7A, RM450 untuk 8A, RM500 untuk 9A, manakala RM 600 dan RM700 bagi pelajar cermelang 10 dan 11A.
Mengulas lanjut, beliau berharap inisiatif sebegini dapat membantu pelajar B40 yang ada impian yang tinggi untuk berjaya dalam hidup mereka dan inisiatif sebeginu dapat terus memberi motivasi kepada diri mereka.