Dunia

Perut kembung selepas tertelan jongkong emas 100 gram

Hanya disebabkan rasa ingin tahu, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Suzhou, China bertindak menelan jongkong emas seberat 100 gram milik keluarganya.

Meskipun tiada sebarang kecederaan teruk seperti masalah pernafasan atau ketidakselesaan dilaporkan, dia akui perutnya mulai kembung selepas ia tersangkut di bahagian saluran pencernaan.

Dia kemudian dihantar ke hospital bagi rawatan susulan dan imbasan x-ray sememangnya mendapati terdapat satu objek logam padat yang tersekat di dalam perutnya.

Bagi mengelakkan risiko yang lebih serius,doktor mengambil keputusan untuk menjalani pebedahan segera selepas diberikan ubat lawas dan didakwa tidak berkesan selepas dua hari.

Pembedahan itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan kanak-kanak itu dibenarkan untuk makan dan minum seperti biasa bermula keesokan harinya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker