Malaysia

Pesawat Air India berpatah balik ke Hong Kong sebab isu teknikal

Sebuah pesawat Air India yang dalam perjalanan ke Delhi terpaksa berpatah balik ke Hong Kong dipercayai akibat masalah teknikal.

Menurut laporan India TV, juruterbang mengesan isu berkenaan sebelum pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu membuat pusingan semula dan selamat mendarat di Hong Kong.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden terbabit.

Kejadian ini berlaku hanya beberapa hari selepas nahas pesawat AI171 milik Air India yang terhempas berhampiran Ahmedabad, meragut 270 nyawa termasuk kru dan orang awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker