Malaysia

Pesawat AirAsia patah balik ke KLIA2 akibat kebakaran enjin

Sebuah pesawat AirAsia ke Shenzhen, China, terpaksa berpatah balik ke KLIA2 selepas salah satu enjinnya terbakar akibat “pneumatic ducting burst” malam Rabu.

Pesawat Airbus A320-216 dengan 171 penumpang dan anak kapal itu berlepas pada 9.59 malam sebelum kejadian berlaku.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.37 malam dan bersiap sedia di KLIA2 ketika pesawat berlegar di udara sebelum diberi kebenaran mendarat kecemasan pada 12.08 pagi.

Sistem halon berjaya memadamkan api sebelum pendaratan, dan semua penumpang serta kru selamat tanpa kecederaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker