Pesawat India lakukan pendaratan cemas, akibat ‘ancaman bom’, di Lapangan Terbang Erzurum Turkiye

Kuala Lumpur, Sept 7 – Sebuah pesawat India melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum, Turkiye ketika dalam perjalanan ke Jerman atas “faktor keselamatan” semalam.
Vistara Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan UK27 dari Mumbai ke Frankfurt (BOM-FRA) dilencongkan ke Turkiye (lapangan terbang Erzurum) atas faktor keselamatan dan mendarat dengan selamat.
Bagaimanapun, beberapa laporan mendakwa bahawa pesawat India itu mendarat kerana “ancaman bom.”
Gabenor Erzurum Mustafa Cifci, dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 247 penumpang dan anak kapal dan kesemua orang telah diselamatkan.
“Pada masa ini, pasukan berada di lapangan, memeriksa bagasi dan selamat memindahkan penumpang,”
Penguatkuasa undang-undang, termasuk polis operasi khas, dan semua pasukannya berada di lokasi dalam usaha mengesan punca kejadian.