Malaysia

Pesawat Mas MH386 patah balik ke KLIA, masalah tekanan dalam kabin

Kuala Lumpur, Ogos 21 – Pesawat Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami ‘isu tekanan kabin’ ketika dalam perjalanan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 9.14 malam semalam.

Menurut sumber, pesawat Airbus A330-300 itu mengisytiharkan kecemasan am selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Difahamkan, penerbangan itu menggunakan kod 7700 dan memulakan penurunan hingga 10,000 kaki yang menunjukkan kemungkinan masalah tekanan kabin.

Walau bagaimanapun, pesawat itu dilapor selamat mendarat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 70 minit di udara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker