Malaysia

Pesawat Singapore Airlines melakukan pendaratan kecemasan di Jepun, asap putih dari enjin

Kuala Lumpur, Ogos 12 – Pesawat Singapore Airlines melakukan pendaratan kecemasan di landasan Lapangan Terbang Narita, Jepun, selepas mendapati asap putih daripada enjin pesawat berkenaan.

Asap itu menyebabkan enam jentera bomba serta dua ambulans bergegas ke tempat kejadian, dan landasan B di Narita ditutup sementara sejurus selepas pesawat itu mendarat di pintu masuk ke Tokyo.

Walau bagaimanapun, pihak bomba meninggalkan tempat kejadian selepas memerhatikan pesawat selama lebih sejam dan mendapati tiada kebakaran.

Pesawat SQ638 yang membawa 260 penumpang dan 16 anak kapal dilapor tiada sebarang kecederaan.

Menurut Pejabat lapangan terbang Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, pesawat Boeing 787-10 yang terlibat dalam insiden itu mungkin mengalami masalah ketika mendarat dan laporan penuh akan dikemukan pada masa singkat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker