Malaysia

Petronas komited jaga kebajikan 5,000 pekerja bakal diberhentikan

Petronas menegaskan komitmennya dalam menjaga kebajikan kira-kira 5,000 pekerja yang akan diberhentikan akibat penstrukturan semula syarikat.

Langkah ini termasuk menawarkan pakej pemisahan kompetitif melebihi keperluan undang-undang, disokong program peralihan kerjaya yang menyeluruh.

Bantuan yang disediakan merangkumi sokongan emosi, bimbingan kerjaya, bantuan pencarian pekerjaan, latihan semula, serta akses kepada program perubatan dan perancangan kewangan. Pakej tersebut akan disesuaikan mengikut tempoh perkhidmatan dan kelayakan pekerja.

Petronas turut bekerjasama dengan Perkeso melalui platform MyFutureJobs untuk memudahkan penempatan semula pekerja dalam sektor lain, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan industri minyak & gas.

Bagi yang menceburi keusahawanan, program Petronas Innovation Garage menyediakan bimbingan ke arah pemilikan perniagaan.

Proses pemberhentian dilakukan secara berperingkat sehingga tahun depan, dengan pembekuan pengambilan pekerja berkuat kuasa hingga Disember 2026.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker