PGA: 200,000 batang rokok dirampas bernilai lebih RM260,000 di Tumpat,Kelantan
Kuala Lumpur, Sept 21 -Sindiket penyeludupan rokok berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara yang bernilai kira-kira lebih RM260,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, Kelantan semalam.
Komander PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid menerusi satu kenyataan berkata, sebanyak 200,000 batang rokok telah dirampas di Kampung Cherang Melintang dan Kampung Pak Keral.
Katanya, pasukannya berjaya menahan sebuah kenderaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
Susulan itu, suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dan pemeriksaan ke atas pacuan empat roda Mitsubishi dan mendapati ratusan batang rokok putih tidak bercukai.
Mengulas Nik Ros berkata, kedua-dua suspek disyaki berperanan sebagai “transporter” bagi menyeludup rokok ke pasaran tempatan dan siasatan lanjut dibuat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967