Malaysia

PGA:5,000kg karkas babi dirampas benilai lebih RM200,000 di Kota Bharu

Kuala Lumpur, Sept 11 – Sebanyak 5,000 kilogram (kg) karkas babi bernilai lebih RM200,000 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Bharu,Kelantan.

Menerusi Op Taring Chiller, Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil emeriksaan terhadap lori Mitsubishi itu mendapati lebih 5,000 kg karkas babi yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah

Pihaknya turut menahan seorang suspek lelaki warga emas berusia 62 tahun, menjadi penghantar untuk menyeludup binatang terbabit ke pasaran tempatan.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Chepa untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker